Khamis, 16 Januari 2014

Penjagaan Pokok Bunga Anggerik / Orkid

1. Penyiraman Jika anda ragu ragu untuk menyiram, Tidak perlu Disiram !
Di atas adalah satu petua yang popular dan dijadikan panduan oleh penanam orkid. Ini kerana dibimbangi anda telah melakukan penyiraman yang melampau terhadap koleksi orkid anda. Kesan buruk tabiat ini ialah anda ‘menjemput’ penyakit kepada kloeksi orkid anda. Ini kerana orkid mampu menyimpan air di dalam bebawangnya seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Orkid juga mempunyai akar udara yang mampu menyerap wap air di persekitaran hidupnya. Walaupun begitu kadar penyiraman orkid bergantung kepada beberapa faktor seperti:
a. Cuaca semasa
Kadar kekerapan penyiraman di musim panas sudah tentunya lebih berbanding di musim hujan. b. Media tanaman digunakan
Jika anda media yang dapat menyimpan air lebih lama, maka kadar penyiraman hendaklah kurang daripada media yang cepat kering. c. Iklim mikro
Bermaksud adalah iklim kawasan penanaman anda. Ini kerana iklim mikro adalah berbeza beza di antara anda dengan penanam orkid yang lain. Penyiraman hendaklah dilakukan sebaik baiknya pada waktu pagi atau petang. Penyiraman di waktu tengahari akan menyebabkan air yang bertakung di celah daun akan menyebabkan penyakit reput pucuk dan daun melecur dek proses pemanasan air oleh matahari.
Teknik penyiraman boleh digunakan secara manual atau memasang satu sistem penyiraman automatik yang mudah seperti penulis gunakan.
2 . Pengudaraan
Orkid memerlukan pengudaraan yang baik supaya tidak mudah di serang penyakit terutamanya penyakit yang disebabkan bawaan kulat. Pengudaraan yang baik boleh diberi dengan susun atur orkid yang tidak terlalu padat atau membekal pengudaraan buatan seperti memasang kipas. Penulis hanya menggunakan teknik susun atur orkid sahaja bagi menjimatkan kos selengaraan.
3. Pembajaan Pembajaan adalah sesuatu yang mesti diberi kepada tanaman termasuk orkid untuk mendapatkan kualiti hidup orkid yang lebih baik. Bagaimana teknik membaja orkid?
‘WEAKLY, WEEKLY‘
Di atas adalah satu lagi petua yang bagus di jadikan panduan untuk anda membaja orkid. Ia membawa maksud anda menggunakan sukatan kepekatan baja yang rendah untuk setiap minggu semburan. Orkid hanya menyerap nutrien yang diperlukan sahaja pada sesuatu ketika. Jangan menggunakan kepekatan tinggi dan disembur sebulan sekali. Ini adalah teknik yang salah dan merugikan anda.
a)Panduan memilih baja
Penerangan unsur unsur di dalam baja bagi keperluan tanaman adalah kompleks. Penulis cuba ringkaskan bahawa pemilihan baja bergantung kepada kehendak anda. Dipasaran terdapat pelbagai jenis baja yang dijual untuk pilihan pengguna. Jika inginkan tumbesaran pokok anda perlukan baja yang mengandungi kadar nitrogen (N) yang lebih tinggi. Jika untuk pembungaan, anda perlukan baja yang kandungan fosforus(P) dan kalium(K) yang lebih tinggi. Biasanya pada label baja akan tertera semua kandungan ketiga-tiga unsur tersebut.
Contoh: Baja A : N P K +TE : 13 27 27 1%
Untuk Baja A tersebut, ia sesuai untuk pembungaan orkid anda kerana mengandungi unsur nitrogen 13 % dan unsur fosforus dan kalium sebanyak 27%. +TE di sini bermaksud baja ini mempunyai ‘trace element’ atau unsur surih sebanyak 1%. Unsur surih bermaksud nutrien tambahan yang diperlukan oleh tanaman tapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Ia boleh diumpamakan seperti anda makan nasi dengan aneka lauk pauk. Nasi adalah keperluan utama anda, lauk pauk ada keperluan sampingan sahaja.
Penulis menggunakan baja organik ‘B’GREEN seaweed’ untuk memberi pertumbuhan yang sihat dan ‘B’GREEN bloom & fruit’ untuk membekal nutrien yang diperlukan untuk orkid berbunga.
B’GREEN seaweed adalah baja organik campuran yang diperkaya dengan seaweed yang mana ia telah digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai baja kerana mengandungi beberapa hormon semulajadi yang amat diperlukan oleh tumbuhan, mengandungi 60 unsur surih(TE) dan mengandungi elemen sebagai anti beberapa penyakit bawaan kulat dan serangga penghisap cecair tumbuhan.
B’GREEN bloom & fruit adalah campuran baja bukan organik N P K +TE : 5 35 15 2% dengan satu bahan organik bertujuan untuk mempermudahkan dan mempercepatkan kadar penyerapan nutrien oleh tumbuhan.
Kawalan penyakit dan perosak orkid
Kawalan perosak merupakan satu perkara amat penting untuk anda ambil perhatian. Ini kerana ia mempengaruhi kualiti hidup orkid dan mungkin yang lebih penting anda mungkin kehilangan orkid anda selamanya.
Penyakit orkid boleh dikelaskan kepada bawaan 4 elemen, iaitu virus, bakteria, serangga dan kulat. Kemahiran mengenal penyakit memerlukan pengetahuan dan pengalaman kerana kadang kala sesuatu penyakit itu mempunyai tanda yang sama untuk bawaan virus atau bakteria atau kulat. Di sini penulis berkongsi pengalaman untuk rawatan penyakit bawaan serangga, kulat dan bakteria sahaja.
1. Virus
Penyakit bawaan virus agak sukar untuk kita kenal pasti secara teliti kerana memerlukan ujian makmal. Bagaimanapun serangan virus hanya melemahkan pokok orkid anda, tidak menyebabkan kehilangan poko k orkid kesayangan anda. Untuk mengelakkan jangkitan virus anda perlu menjaga kebersihan kawasan penanaman. Untuk rawatan , anda perlu memusnahkan pokok yang dijangkiti. Ya , sudah pasti ia satu keputusan yang sukar untuk anda!
2. Bakteria
Biasanya tanda penyakit orkid disebabkan bakteria meyamai dengan penyakit bawaan kulat. Apa yang penulis perhatikan, penyakit bawaan bakteria adalah lebih cepat merebak berbanding bawaan kulat. Tanda biasa penyakit bawaan bakteria ialah reput pada mana-mana bahagian pokok dan berbau busuk. Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembap dan pengudaraan yang kurang baik adalah antara faktor jangkitan. Antara penyakit bawaan bateria adalah:
Reput bakteria (Bacterial rot) – satu bintik coklat berair pada daun, cepat merebak. Biasa menyerang orkid famili Phalaenopsis. Reput daun ( Brown Rot) – bintik berair pada daun, daun kuning dan gugur. 3. Kulat (fungus)
Tanda seperti disebabkan oleh bakteria tetapi kadar merebak lebih lambat dan tidak mengeluarkan bau busuk. Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembap dan pengudaraan yang kurang baik adalah punca utama jangkitan. Antara penyakit bawaan kulat yang biasa menyerang orkid ialah:
Antraknose
Black leaf spot
Cercospora leaf spot
Reput hitam ( Black rot)
Reput pangkal ( Basal rot)
Reput pucuk ( Crown rot)
Oleh sebab itu ada pengeluar yang mengeluarkan racun 2 dalam 1 iaitu untuk merawat penyakit kulat dan bakteria serentak. Ada racun yang dijual boleh merawat beberapa jenis penyakit dan ada yang tertumpu kepada satu jenis penyakit sahaja untuk pilihan pembeli.
a) Rawatan terhadap bakteria dan kulat
Potong dan buang bahagian jangkitan. Jika orkid simpodial, penulis membuang rumpun kecil yang dijangkiti. Jika orkid monopodial, ia biasa berlaku pada daun, penulis hanya memotong daun yang dijangkiti sahaja.
Sapukan atau semburkan racun kulat yang bersesuaian dengan penyakit kepada rumpun atau pokok yang telah sihat untuk langkah berjaga mengelakkan jangkitan. Perhatikan perkembangan rumpun atau pokok yang telah dirawat, jika masih terdapat sebarang jangkitan, ulangi proses di atas.
4. Serangga
Serangan serangga terhadap orkid adalah sesuatu yang biasa. Antara serangga yang popular menyerang orkid adalah :
a. Semut
e. White flies
b. Aphid
f. Mites
c. Lipas
g. Scale insects
d. Kumbang
h. Siput
Aphid, Mealy bug, Mites, Scale insects dan Thrips adalah serangga penghisap cecair tumbuhan. Mereka biasa terdapat di bawah daun orkid dan mudah di lihat dengan mata kasar. Ia akan menyebabkan pertumbuhan pokok terencat. Kehadiran mereka boleh di kesan seperti berikut:
Aphid- terdapat warna kehitaman pada pokok , biasanya di bawah daun dan celahan daunan dan batang orkid.
White flies – seperti lalat kecil warna putih berdebu berkelompok di belakang daun.
Mites – warna kemerahan di belakang daun, belakang daun akan menjadi kuning dan hitam jika jangkitan teruk serta cepat merebak. Ia suka keadaan yang kering.
Scale insect – warna kuning keputihan di atas daun dan batang pokok orkid.
Thrips – warna agak coklat di atas daun orkid.
Koleksi penulis biasa diserang oleh mites dan white flies sahaja. Ia menyerang orkid yang mempunyai daun yang lembut seperti famili Sphatoglottis, Catasetum dan Coelogyne.
Kumbang, lebah dan semut akan merosakkan bunga yang telah kembang dengan memakan kudup bunga dan juga pendebugaan yang tidak kita kehendaki. Koleksi penulis biasa di serang kumbang berwarna kuning yang selalu meninggalkan larva pada tangkai bunga yang akan memakan keseluruhan bunga. Lebah dan semut tidak menjadi masalah utama kepada koleksi penulis.
Siput dan lipas akan memberi masalah dengan cara ia memakan akar dan pucuk muda pokok orkid anda. Ini akan merencatkan pertumbuhan pokok. Koleksi penulis hanya berhadapan dengan masalah siput sahaja.
Panduan membeli racun serangga dan kulat
Beli racun yang boleh merawat penyakit yang anda kehendaki. Biasanya pengeluar akan memberi informasi ini pada bungkusan racun. Ini kerana kadangkala terdapat penjual yang kurang pengetahuan mengenai penyakit orkid dan racun yang sesuai untuk rawatan.
^_^ Diharap Info Yang Telah Dikongsi Ini Dapat Membantu Untuk Penjagaan Bunga Orkid Anda ^_^

Rabu, 15 Januari 2014

Langkah - Langkah Menanam Tanaman Bunga Anggerik / Orkid

Media penanaman orkid
Penanaman orkid memerlukan kita menentukan media yang sesuai mengikut habitat asal orkid dan persekitaran hidup semulajadinya.
Terdapat beberapa jenis media yang biasa digunakan oleh peminat orkid. Bergantung kepada penanam untuk memilih kesesuaian media mengikut iklim *mikro* kawasan penanam.
a. Pecahan batu bata
Salah satu media yang popular digunakan dan mudah didapati. Digunakan untuk menanam orkid epifit dan orkid memanjat. Biasanya dicampur sekali bersama dengan pecahan arang.
Teknik menggunakan;
i. Sebelum menggunakan batu bata hendaklah direndam di dalam racun kulat selama semalaman. Selepas itu angkat dan keringkan.
ii. Pecahkan batu batu kepada saiz besar, medium dan kecil mengikut kesesuaian pasu.
iii.Letakkan pecahan besar di bawah pasu, diikuti dengan bersaiz medium dan kecil.
iv. Tanam orkid di atas permukaan pasu. Jangan timbus pangkal orkid. Untuk tegakkan orkid yang tinggi, boleh gunakan kayu pancang sebagai sokongan.
Nota : Pangkal orkid simpodial tidak boleh ditimbus semasa menanamnya kerana dipangkalnya terdapat beberapa mata tunas yang akan membentuk anak kelak.
b. Pecahan arang juga media yang popular dan mudah didapati di kedai kedai runcit. Digunakan untuk orkid epifit dan orkid memanjat. Digunakan bersama dengan pecahan batu bata.
Teknik menggunakan:
i. Rendamkan arang selama semalaman untuk membuang garam. (kerana arang diperbuat daripada kayu bakau yang tumbuh di tepi laut).
ii. Siram arang menggunakan aliran air supaya sisa garam dapat dibuang.
iii.Ikut teknik seperti menggunakan pecahan batu bata untuk langkah seterusnya.
c. Serbuk kayu biasa digunakan sebagai media yang diletakkan didalam pasu atau batas untuk menanam orkid jenis memanjat.
Teknik menggunakan:
Gunakan serbuk kayu sebagai campuran bersama dengan media lain seperti pecahan batu bata, arang, tanah pasuan dan perlite)
i. Rendam serbuk kayu yang ingin digunakan di dalam racun kulat semalaman. Angkat dan keringkan.
ii. Masukkan habuk kayu ke dalam bekas tanaman.
iii. Letakkan orkid di atas media. Jika menanam orkid yang hidup ditanah,campur bersama dengan media pasuan dengan tujuan untuk membekalkan bahan organik di dalam tanah apabila ia mereput.
d. Perlite semakin digemari di dalam penanaman orkid, ini kerana ia mudah dikendalikan, ringan, tahan lama.
Perlite juga boleh dicampur bersama dalam tanah pasuan untuk memperbaiki sistem saliran dan pengudaraan tanah. Sesuai untuk orkid epifit dan orkid yang hidup ditanah. Penulis menggemari media ini kerana ia boleh mengurangkan risiko penyakit dek kesan daripada penyiraman melampau.
Teknik menggunakan:
i. Siram perlite dengan air supaya ia basah sebelum mengendalikannya. Ini adalah untuk tujuan keselamatan kerana perlite yang berkeadaan kering, partikelnya mudah berterbangan kerana ia sangat ringan. Dibimbangi memudaratkan kita apabila disedut. Tidak rugi kita berhati-hati.
ii.Isikan ke dalam pasu sehingga penuh.
iii.Letakkan orkid di atasnya, boleh juga dibenamkan orkid sehingga menutup rizomnya. Ini tidak memudaratkan kerana perlite masih memberi rongga udara.
iv. Boleh menggunakan kayu sokongan untuk penanaman orkid yang tinggi dan besar saiznya.
e. Sphagnum moss
Media yang popular dibuat sebagai lapisan untuk menanam orkid epifit pada tunggul kayu dan potongan dahan tembusu. Ia mampu meyimpan kelembapan dengan lebih lama. Ada juga penanam menggunakan 100% sphagnum moss yang diletakkan di dalam pasu untuk menanam orkid genus phalaenopsis. Ini untuk mengekalkan kelembapan lebih lama kerana orkid jenis ini tidak mempunyai bebawang untuk menyimpan air.
Teknik menggunakan;
i. Sphagnum moss yang hendak digunakan direndam di dalam larutan racun kulat semalaman. Angkat dan biarkan sehingga ia terasa lembap.
ii.Isikan ke dalam pasu atau tampalkan kepada tunggul kayu misalnya
f. Potongan batang paku pakis gajah.Media ini juga amat digemari oleh penanam orkid kerana ia boleh menyimpan air dengan lebih lama dan mengelakkan kesan buruk daripada penyiraman melampau. Media ini amat sesuai untuk tanama secara gantung.
Teknik menggunakan;
i. Potong batang paku gajah mengikut kesesuaian orkid yang hendak di tanam.
ii. Lekatkan orkid di atasnya dengan menggunakan tali yang tidak mencederakan orkid anda. Gunakan tali rafia kerana ia akan reput setelah orkid hidup dengan stabil pada media tanaman.
g. Tunggul kayu Media ini sesuai untuk tanaman orkid secara gantung. Ia lebih cepat kering berbanding dengan potongan paku pakis gajah. Ia mudah diperolehi di dalam hutan,di ladang-ladang sawit atau di tepi sungai.
Teknik menggunakan sama seperti menggunakan potongan batang paku pakis gajah. Boleh diletakkan sedikit Sphagnum moss untuk melambatkan kadar kehilangan air selepas siraman.
h. Potongan dahan tembusu
Penulis menggunakan media ini untuk menanam orkid daripada famili Bulbophyllum dan Phalaenopsis. Daripada pemerhatian penulis orkid lebih cepat hidup stabil apabila menggunakan media ini. Ia mempunyai kulit yang tebal yang mampu menyimpan air lebih lama.
i. Tanah campuranOrkid yang hidup di tanah memerlukan media ini. Penulis biasanya menggunakan campuran tanah kompos, perlite dan sekam padi pada kadar 1:1:1. Ini dapat memberi kadar saliran dan pengudaraan media yang amat baik kepada akar orkid.
j. Tiada media bermaksud orkid digantung bebas tanpa menggunakan sebarang media. Teknik ini sesuai untuk orkid jenis Vanda. Teknik ini memerlukan kadar penyiraman yang lebih.Penyediaan persekitaran hidup orkid .
Orkid seperti tanaman yang lain juga yang memerlukan penanam menyediakan persekitaran hidup yang sesuai untuknya. Perkataan lain yang paling sesuai sekali ialah kadar pencahayaan. Kadar pencahayaan kepada orkid boleh di beri dengan penyediaan teduhan sebab setiap jenis orkid memerlukan kadar cahaya yang berbeza-beza. Sebagai contoh, orkid famili Arachnis memerlukan cahaya matahari 100% manakala orkid famili Phalaenopsis memerlukan cahaya matahari hanya 50% untuk hidup dengan subur.
Ada 2 teknik teduhan yang biasa digunakan oleh penanam orkid.
a. Rumah teduhan
Teknik ini amat popular di kalangan penggemar orkid kerana mudah untuk menyediakan kadar teduhan. Untuk teduhan biasanya mereka menggunakan jaring teduhan berwarna hitam yang biasa dijual. Kadar teduhan jaring tersebut biasanya adalah 50% dan terdapat beberapa jenis untuk pilihan penanam.
b. Tanaman bersama pokok teduhan .
Teknik ini boleh dikatakan orkid dijadikan antara elemen penyeri taman. Teduhan orkid diperolehi melalui kanopi pokok-pokok teduhan yang ada di taman penanam, atau terus menanam orkid pada dahan-dahan pokok di taman. Ia lebih kelihatan semulajadi. Sesuai untuk pembinaan landskap berasaskan orkid atau diintegrasikan bersama bunga-bungaan lain.
Cara pembiakan orkid
Sebagai penggemar orkid, fasa pembiakan orkid memang tidak dapat di elakkan kerana ia sudah tentu memberikan anda kelebihan untuk meningkatkan bilangan pokok di dalam koleksi anda. Selain itu risiko anda untuk kehilangan total pokok yang mungkin mati di serang penyakit juga amat rendah kerana mempunyai beberapa pokok daripada jenis yang sama.
Orkid boleh dibiakkan dengan beberapa cara antaranya: - pembiakan daripada anak benih•daripada ‘flask’•pot komuniti•
-pot individu- pembahagian rumpun- keratan daripada pokok induk- benih . Pembiakan melalui anak benih
1. Pengeluaran daripada ‘flask’ Benih yang telah disemai akan membesar menjadi anak benih di dalam ‘flask’. Apabila telah cukup besar ia perlu dikeluarkan untuk ditanam di dalam pasu. Anda boleh membeli anak benih di dalam ‘flask’ ini di nurseri orkid yang menjualnya dengan harga serendah RM20.00, bergantung kepada sesuatu jenis orkid.
Berikut diterangkan teknik mengeluarkan anak benih daripada ‘flask’. Anak orkid didalam botol (flask) boleh didapati dikebanyakkan nursery orkid. Harganya dari RM20 hinggalah RM1000 mengikut jenis orkid. Dalam satu botol ada lebih kurang 5 hingga 50 anak orkid.Bahan bahan yang diperlukan;
1. Racun kulat ( keterangan lanjut dalan bab 3)
2. Lumut (sphagnum moss) atau sabut kelapa (yang sudah dihancurkan). Basahkan lumut air atau sabut kelapa tersebut.
3. Kertas surat khabar
Caranya;
1. Keluarkan anak orkid dari botol. Jika mulut botol itu besar, gunakan penyepit (forceps) yang telah disterilkan. Jika mulut botol itu kecil maka botol hendaklah dipecahkan.
2. Basuhkan anak orkid menggunakan air. Pastikan tiada agar-agar (jelly) melekat diakar pokok.
3. Rendamkan anak orkid itu kedalam larutan anti fungus selama 10 hingga 15 minit.
4. Tuskan dan keringkan anak orkid itu di atas kertas surat khabar selama setengah jam (hanya letakkan di atas kertas surat khabar dan dianginkan)
5. Setelah itu balutkan akar anak orkid dengan lumut air atau sabut kelapa dan masukkan kedalam pasu mengikut saiznya (pasu yang kecil dipanggil thumbpot)
6. Untuk anak pokok yang terlalu kecil kumpulkan dan ditanam didalam satu pasu (pasu ini dipanggil compot)
7. Letakkan di tempat yang teduh dan tidak terkena air hujan.
8. Siram/semburkan baja penyubur sebanyak 2 atau 3 kali seminggu.
9. Apabila sudah membesar, pindahkan ke pasu yang besar sedikit mengikut saiz yang bersesuaian dengan anak orkid. Ulangi proses pemindahan ini 2 atau 3 kali sehingga orkid matang. Jangkamasa untuk anak orkid membesar hingga matang dan bersedia untuk berbunga adalah dari 5 bulan hingga 3 tahun bergantung pada jenis orkid. Contohnya, orkid jenis phal mengambil masa sekurang kurangnya 8 bulan untuk berbunga.
2. Pot komuniti Orkid yang telah dikeluarkan daripada ‘flask’ dan telah ditanam secara kelompok di dalam satu pasu dikenali sebagai ‘Communiy Pot’ atau ringkasnya ‘compot’. Penanam boleh terus membeli orkid yang telah siap di tanam di dalam ‘compot’ di nurseri orkid. Setiap ‘compot’ biasanya mengandungi antara 10-20 anak pokok. Risiko orkid untuk hidup jika dibiakkan cara begini adalah lebih tinggi berbanding secara ‘flask’.
Oleh itu bagi anda yang kurang pengalaman, boleh membeli ‘compot’ orkid untuk menggandakan koleksi orkid anda.
3. Pot individu
Setelah orkid di dalam ‘compot’ membesar, nurseri akan memindahkannya dalam pasu yang lebih besar secara individu. Maka, anda juga boleh membeli orkid secara begini kerana biasa orkid yang di tanam di dalam pasu individu telah hidup stabil.Pembahagian rumpun . Teknik pembiakan ini amat sesuai untuk orkid simpodial.
Apabila rumpun orkid telah cukup besar ia boleh dipecahkan kepada beberapa rumpun kecil untuk dibiakkan. Keratan daripada pokok indukTeknik pembiakan ini amat sesuai untuk orkid monopodial. Sebahagian pucuk orkid yang telah mempunyai akar dipotong daripada pokok induk dan di tanam sebagai satu individu yang baru.

Selasa, 7 Januari 2014

Faktor - Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Orkid *_*

1 . Anda haruslah mengenalpasti kematangan pokok bunga Anggerik / Orkid yang hendak dibeli .
2 . Dengan itu , kenalpasti sama ada sepsis / baka Orkid tersebut cepat / lambat untuk berbunga .
3 . Selepas itu , anda perlulah melihat kesesuaian jenis pokok bunga Anggerik / Orkid tersebut memerlukan tempat yang redup / panas
4 . Anda perlulah mencuba untuk memeriksa pasu yang digunakan sama ada baru / lama . Lebih elok sekiranya yang baru digunakan .
5 . Yang penting sekali , kesegaran pokok haruslah mendapat penjagaan sewajarnya dari pekedai sebelum ini .
6 . Sebaik-baiknya pilih yang belum mekar / kembang sepenuhnya supaya mampu ditatap lebih lama apabila dibawa pulang . Lebih-lebih lagi pokok bunga Anggerik / Orkid yang mengambil tempoh yang lama untuk berbunga .
7 . Akhir sekali , perlulah memilih yang sesuai dengan kemampuan anda . ^-^

OrChId PHOTOSCAPE

There are several colours of orchid ^-^ ** Edit By Photoscape **

Asal Usul Orkid

Pokok Bunga Anggerik atau lebih dikenali dengan menggunakan nama Bunga Orkid adalah famili ( Angiospora ) yang terbesar di antara pohon-pohon berbunga . Dalam Bahasa Inggeris ,ia disebut Orchid diambil daripada Orchidaceae . Bunga ini merupakan bunga kebangsaan negara Singapura sekaligus kini nama Inggeris digunakan secara meluas dengan ejaan orkid . Taman Botani Diraja Kew menyenaraikan 880 genus dan hampir 22 000 species akan tetapi jumlah yang tepat tidak diketahui ( mungkin sehingga 25 000 species disebabkan pertikaian taksonomi . Bunga Anggerik merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering ditanam sebagai tanaman hiasan . Tumbuhan berbunga ini mula muncul pada zaman Cretaceous dan dibuktikan pokok bunga pertama adalah dari peringkat Angiosperma .

Rabu, 11 Disember 2013



INTRODUCTION

Hello everyone! I am very thankful to all of you to giving me such a nice opportunity to introduce my self in front of you. Let me introduce myself. My name is Chela Nuri ak. Michael. I'm a student who study in UITM . So, this is my assignment topic "ORCHID IS MY INSPIRATION".